Berita Terkini

Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap 1 dan 2 siri 2/2019 secara rasminya telah selesai. Program yang dilaksanakan di Institut Biodiversiti, Lanchang melibatkan 35 orang peserta termasuk Awam dan anggota tentera telah berlangsung selama 6 hari dari 22 Julai - 27 Julai 2019. Melalui program ini, peserta juga diberi tugasan melaksanakan pengisian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Perkampungan Orang Asli Che Wong, Lanchang. Peserta berpeluang mendekatkan diri dengan masyarakat orang asli dari peringkat kanak- kanak, remaja, lelaki dewasa dan perempuan dewasa. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak JAKOA Negeri Pahang Temerloh dan Tok Batin, Tok Geng Bin A/L Nai diatas bantuan mengumpulkan keluarga orang asli bagi menjalankan program ini.

Bengkel Pementoran (Kejurulatihan) Kementerian Pertahanan Telah dilaksanakan pada 9 Julai 2019 hingga 12 Julai 2019 di Pusat Latiahan Awam Kementerian Pertahanan (PLATIH) Bukit Fraser, Pahang. Program ini melibatkan seramai 40 orang penjawat awam MinDef dari kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan I.  Program ini memberi pendedahan kepada peserta meningkatkan kemahiran menyelia berteraskan teknik coaching, mengurus prestasi pegawai seliaan melalui kemahiran membimbing, melatih pegawai mengoptimunkan potensi pegawai seliaan dengan kaedah yang berkesan serta menerapkan kemahiran penilaian prestasi berasaskan prinsip dan kaedah yang betul.

 

Sebarang penyertaan mengenai kursus ini boleh menghubungi urus setia di talian 03-2071 4153

Mesyuarat Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Bil 2 Tahun 2019 telah dilaksanakan pada 11 Julai 2019 di Bilik Mesyuarat Khidmat Pengurusan. Mesyuarat ini telah di Pengerusikan oleh Pengerusi AKRAB MinDef, Puan Faznil Yanti Binti Mohamed Aki. Antara perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut adalah berkaitan perancangan program AKRAB pada tahun 2019 dan perbincangan pelaksanaan Persidangan AKRAB peringkat Kementerian Pertahanan bagi tahun 2019. 

Program Pasca AKRAB Siri 1/2019: Kursus Certified Pengamal (Fasilitator) Neuro Linguistic Program (NLP) , Kementerian Pertahanan anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi, MinDef bertempat di eRYA by SURIA City Hotel Johor Bahru, Johor bermula pada 24 hingga 27 Jun 2019. Program ini melibatkan peserta yang terdiri daripada Ahli AKRAB MinDef Seluruh Malaysia termasuk Awam dan Tentera. Penceramah yang dijemput adalah Dr Raja Kamariah Binti Raja Mohd Khalid (Jabatan Pembangunan Wanita) dan Dr Norzah Binti Abd Ghani manakala Majlis Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Psikologi Kanan, Encik Haji Zakaria Bin Zawawi. Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk melengkapkan nilai tambah keperluan kemahiran professional Pegawai Psikologi serta ahli - ahli AKRAB kementerian dalam melaksanakan peranan dan perkhidmatan bimbingan kepada Rakan sekerja. Selain ceramah, peserta turut dilibatkan dalam aktiviti psikopendidikan dan simulasi. Tahniah kepada semua ahli Akrab yang telah berjaya melengkapi modul dan memperoleh sijil.

Sistem eTemujanji

Anda boleh mendaftar dan membuat temujanji bersama kami
Daftar Temujanji