Berita Terkini

Program Seminar Psikologi Kementerian Pertahanan Tahun 2019 telah dilaksanakan pada 6 November  2019 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan. Seminar ini diadakan sempena dengan Bulan Kaunseling Kebangsaan. Pada tahun ini Seminar Psikologi Peringkat Kementerian Pertahanan dilaksanakan bersama Persidangan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan majlis pelancaran Portal myPsikologi. Seminar ini bertujuan meningkatkan sistem penyampaian, perkhidmatan psikologi & kaunseling dalam memperluaskan outreach perkhidmatan di samping memberi   pengetahuan  dan  kemahiran  psikologi  dalam  mencapai kelangsungan kehidupan yang sejahtera.

Seminar ini turut dijadikan sebagai platform percambahan minda meliputi pelbagai aktiviti psikopendidikan dan interaktif daripada Pegawai Psikologi dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) awam dan tentera. Seminar ini telah telah berjaya menarik minat seramai 400 orang peserta dalam kalangan penjawat  awam MinDef dan anggota tentera serta peserta dari Kementerian lain.

Seminar ini turut diselitkan dengan majlis pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kementerian Pertahanan awam dan anggota tentera yang telah mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling dan lulus syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Majlis Pentauliahan telah disempurnakan YBrs. Timbalan Ketua Setiausaha Perkhidmatan Kementerian Pertahanan. Seramai 86 orang yang terdiri daripada penjawat awam dan anggota tentera telah berjaya ditauliahkan sebagai ahli AKRAB pada tahun ini.

Pada program ini, turut diselitkan adalah Majlis Pelancaran Portal myPsikologi yang dilancarkan oleh YBrs. Timbalan Ketua Setiausaha Perkhidmatan Kementerian PertahananDi samping perkongsian ilmu melalui ceramah dan forum, kaunter-kaunter pameran juga turut diadakan dengan penyertaan daripada Hospital Tunku Mizan (Klinikal Psikologi dan Psikiatrik), Hospital Selayang (Kaunter Community Mental Health), AKRAB & Psikologi Awam/ ATM (Kaunter Perkhidmatan) dan Kaunter Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

 

Sistem eTemujanji

Anda boleh mendaftar dan membuat temujanji bersama kami
Daftar Temujanji