Berita Terkini

 

      Program Mental WellBeing Kementerian Pertahanan anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi, MinDef telah dilaksanakan pada 4 Mac 2020 hingga 6 Mac 2020 di Hotel Langkasuka,Langkawi, Kedah. Program ini melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Penjawat Awam Kementerian Pertahanan yang bertugas di bawah seliaan Markas 2 Briged, Ipoh, Perak dan Markas 6 Briged, Sg.Petani, Kedah. Program ini merupakan siri pertama bagi modul kesejahteraan mental diadakan.

     Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkenaan kesihatan mental dan amalan kesihatan diri yang baik bagi mencapai tahap kesejahteraan mental yang sempurna dalam melaksanakan tugasan harian. Program ini juga merupakan pendedahan awal berkenaan pengurusan kesihatan mental yang baik dalam mencapai kesejahteraan hidup serta melahirkan penjawat awam kementerian yang mempunyai tahap kesihatan mental yang baik, berkeyakinan seterusnya mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi. Penceramah jemputan bagi program ini ialah  Encik Nuzsep Almigo, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak

Sistem eTemujanji

Anda boleh mendaftar dan membuat temujanji bersama kami
Daftar Temujanji