Berita Terkini

     Program Pengurusan Stres Berkesan Kementerian Pertahanan anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi, MinDef telah dilaksanakan di De Rhu Beach Resort,Pahang pada 26-28 Februari 2020 (Rabu-Jumaat). Program ini melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam kementerian pertahanan yang bertugas di bawah seliaan Markas 12 Briged, Kuala Lumpur, Markas 4 Briged, Pahang, Markas 8 Briged, Kelantan, Bahagian Akaun dan Bahagian Perolehan. Program ini merupakan siri pertama bagi modul pengurusan stres.Dengan menggunakan modul khas stres yang mana melibatkan slot terapi seni,terapi ketawa dan juga slot ceramah berkenaan perbezaan antara Stress,Anxiety, Depression cara mengatasinya serta punca dan tanda-tanda wujudnya stres dalam diri para peserta kursus. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta,fasilitator dan penceramah atas kerjasama yang diberikan sepanjang berlangsungnya program ini.

     Pengurus bagi program ini adalah Encik Wilson @ Vincent Peter Pramo, Pegawai Psikologi daripada Cawangan Pengurusan Psikologi,BPSM dan barisan fasilitator terdiri daripada Pegawai Psikologi Pelatih Cik Sabrina manakala penceramah pula ialah Puan Nuridawati daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat,Kuala Lumpur, Puan Noor Shamsiah daripada Unit Psikologi,SUK Pahang dan Puan Shakinah Binti Abu Hassan daripada Cawangan Pengurusan Psikologi,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,Kementerian Pertahanan.

Sistem eTemujanji

Anda boleh mendaftar dan membuat temujanji bersama kami
Daftar Temujanji