Berita Terkini

     Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kementerian Pertahanan Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 5 Mac 2020 di Auditorium Wisma Pertahanan. Majlis ini dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Mazlan Abd Mutalib dan diiringi oleh Puan Nor Hazlina Binti Wan Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Bahagian (Perkhidmatan), BPSM dan Puan Noor Azilah Binti Abu Shahid, Timbalan Setiausaha Bahagian (Perjawatan), BPSM.

     Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli berkenaan perkembangan AKRAB Kementerian Pertahanan. Mesyuarat ini juga turut membentangkan Pelan Strategik AKRAB dan pencapaian berkaitan pelaksanaan program tahunan AKRAB, penglibatan ahli dalam pelaksanaan aktiviti di markas/formasi/briged serta perancangan aktiviti tahun semasa kepada semua ahli. Pada mesyuarat itu juga pelantikan Ahli Jawatan kuasa AKRAB sesi 2020-2021 turut dijalankan.

Sistem eTemujanji

Anda boleh mendaftar dan membuat temujanji bersama kami
Daftar Temujanji