Berita Terkini

Program Turun Padang Psikologi 2019 telah dilaksanakan dengan jayanya  pada 23 April 2019 hingga 26 April 2019 di Markas 10 Briged (PARA), Kem Terendak, Melaka. Program ini melibatkan seramai 150 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan di Cawangan Pengurusan Psikologi, BPSM selaku urus setia, Ahli-ahli AKRAB MinDef, penjawat awam MinDef di bawah seliaan Markas 1 Briged, Markas 7 Briged dan Markas 10 Briged (PARA). Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sempena Program Turun Padang ini adalah Fitness Challenge, Water Training, Night Orienteering and Confidence Training, Survival, Confidence Building dan Program Corporate Social Responsibility.

Program ini dilaksanakan dengan menggunakan modul Adventure Based Counseling Program (ABC) yang menerapkan konsep motivasi melalui aktiviti lasak dan mencabar yang kemudiannya diproses dengan kaunseling kelompok. Modul ini adalah berbeza dari segi pelaksanaannya dimana peserta dibawa kembali ke alam semulajadi dan fitrah semulajadi manusia. Pelaksanaan program ini turut dibantu oleh fasilitator dari pihak Angkatan Tentera yang mempunyai kemahiran luas dalam mengendalikan aktiviti tersebut.

Sistem eTemujanji

Anda boleh mendaftar dan membuat temujanji bersama kami
Daftar Temujanji