Soalan Lazim

Kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor yang terlatih dan klien di mana akhirnya klien akan mengalami satu perubahan tingkah laku yang positif manakala nasihat cuma sesi mendapatkan bantuan nasihat daripada seseorang yang tidak terlatih.
Tidak. Pegawai Psikologi telah dilatih untuk mengamalkan etika menjaga kerahsiaan klien; dan terikat dengan Piawaian Kaunseling Perkhidmatan Awam dan Akta Kaunselor 1998. Semua perkara atau isu yang dibincangkan antara Pegawai Psikologi dan klien adalah rahsia dan sulit. Pegawai Psikologi tidak boleh berkongsi isu, atau membuat hebahan atau perkongsian masalah klien dengan orang lain tanpa persetujuan dari klien, kecuali perkara atau isu yang boleh mengancam keselamatan atau memudaratkan klien, orang lain dan pelanggaran undang-undang sedia ada.
Semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di mana-mana Markas,Briged atau jabatan di bawah Kementerian Pertahanan adalah layak untuk menerima perkhidmatan psikologi dan kaunseling dari Pegawai Psikologi di Kementerian Pertahanan.
Tidak, sesi kaunseling yang diadakan adalah secara percuma.
Tidak. Rekod peribadi anda tidak akan terjejas apabila anda berjumpa dengan Pegawai Psikologi. Perkhidmatan kaunseling yang diberikan oleh Pegawai Psikologi boleh dilakukan melalui e-mail, telefon atau bersemuka.
Jenis-jenis permasalahan yang boleh dibincangkan meliputi kategori masalah peribadi, kerjaya, keluarga, kesihatan dan pembangunan diri.
Boleh. Anda boleh menghubungi Pegawai Psikologi selain dari Pegawai Psikologi di Kementerian untuk mendapatkan perkhidmatan.
Keluarga (isteri dan anak) pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di mana-mana Markas,Briged atau jabatan di bawah Kementerian Pertahanan dalah layak mendapatkan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling.

Emel

Anda boleh menghantar e-mail kepada Pegawai Psikologi sekiranya anda malu untuk datang berjumpa terus. Susulan dari itu, jika terdapat keperluan, barulah anda boleh membuat temujanji dengan Pegawai Psikologi.

Emel Kami

Telefon

Anda boleh menghubungi terus Pegawai Psikologi melalui telefon. dengan mengutarakan apa-apa isu kepada Pegawai Psikologi. Susulan itu, jika perlu barulah anda boleh membuat temujanji dengan Pegawai Psikologi.

Telefon Kami

Bersemuka

Anda boleh bersemuka terus dengan Rakan Pembimbing (melalui temujanji) kerana ini akan melancarkan komunikasi, khidmat diberikan akan lebih mudah dan mempercepatkan proses penyelesaian isu dan cabaran.

Jumpa Kami

Sistem eTemujanji

Anda boleh mendaftar dan membuat temujanji bersama kami
Daftar Temujanji