Pencapaian

Kementerian Pertahanan telah menerima penganugerahan Penarafan Lima (5) Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia Tahun 2017 oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Trofi dan sijil penarafan bintang tersebut telah disampaikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim Bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan di Persidangan Psikologi Modal Insan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) pada 09 Oktober 2017(Isnin). Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah memenangi anugerah tersebut melalui Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Tahun 2017 yang telah dilaksanakan pada 17 Mei 2017 (Rabu) di Bilik Bincang, Cawangan Pengurusan Psikologi, Aras 2 (Pintu 2.09), Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur.
Kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan Kementerian Pertahanan pada masa akan datang khususnya dalam memperkasakan perkhidmatan psikologi dan secara langsung memantapkan pembangunan modal insan.